VISI

Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi bercirikan sekolah bestari yang terunggul menjelang tahun 2015

MISI

Menjana Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Ke Arah Kemenjadian Murid Bagi Merealisasikan Sekolah Bestari Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

04 March 2012

Pengawas 2012



Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Bagi Sesi 2012
Tahniah buat murid-murid yang telah terpilih sebagai pengawas....bertugaslah dengan penuh dedikasi.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara PDCA


PERDA telah mengiktiraf SK Lahar Yooi sebagai sekolah cemerlang dalam pengendalian aktiviti Mutiara PDCA 2011. SKLY menerima ‘mock cheque’ bernilai RM 2,500, piala dan sijil penghargaan. Tahniah buat warga SKLY....

07 January 2012

PROGRAM JAYA WARIS 1




Program untuk pelajar tahun 6 dimulakan dengan Program Jaya Waris 1 yang melibatkan pelajar-pelajar dan para waris. Ia telah diadakan pada 7 Januari 2012 bertempat di Dewan Terbuka SKLY. Sambutan yang diberikan oleh para wairs amat menggalakkan. Terima kasih kami ucapkan....

18 November 2011

UPSR 2011



Walaupun jumlah 5A menurun berbanding tahun lepas tetapi warga SKLY tetap berbangga kerana tidak mengalami penurunan peratus dan GPS. SKLY terus mengekalkan kecemerlangan dalam UPSR. Tahniah buat yang berjaya mendapat 5A,4A,3A,2A,1A & juga yang berjaya mendapat kelulusan penuh. Tahniah buat warga pendidik di SKLY. Terima kasih buat semua yang telah memberikan sokongan. Tahun 2012 kita cuba lagi....